SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN  
  
 
 
 
 

 
 
SELAMAT DATANG

Unit TMK, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sekali lagi menganjurkan Bengkel Ulangkaji Sains Komputer SPM 2020 bagi membantu seramai 367 orang murid yang mengambil peperiksaan SPM kertas ini.

Oleh kerana negara kita masih di dalam situasi yang tidak mengizinkan perjumpaan bersemuka, maka kali ini JPN bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Negeri Sembilan bagi membantu murid-murid yang tidak mempunyai kemudahan internet mengikuti bengkel ini.

Semoga usaha ini dapat membantu murid-murid mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi pada 25 Mac 2021 ini. In sha Allah....

 

 
ALUAN PENGARAH