SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN  
  LAMAN UTAMA ::
   
 
ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah....

Peperiksaan SPM 2020 kini sudah semakin di penghujung perjalanan. Murid-murid tingkatan 5 2020 yang melalui sejarah wabak pandemik Covid 19 ini berjaya juga mengharungi segala cabaran sehingga ke saat akhir mata pelajaran Sains Komputer.

Saya pasti murid-murid yang mengambil mata pelajaran ini sedang mengulangkaji topik-topik yang ada sebelum berjuang pada 25 Mac 2021. Teruskan iltizam untuk menggapai kejayaan yang cemerlang.

Saya mendoakan agar semua murid-murid Sains Komputer SPM 2020 akan mengambil peperiksaan dengan tenang dan seterusnya dapat menjawab semua soalan dengan baik.

Saya juga ingin mengingatkan murid-murid sekelian untuk terus menjaga SOP di saat-saat akhir peeriksaan ini serta menjaga kesihatan.

 

"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SAINS KOMPUTER SPM 2020"

 

HJ MD. FIAH BIN MD. JAMIN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN