“Sistem Sektor Pengurusan”
Pasukan Teknikal ICT Sekolah (PTIS)
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Pengurusan Pasukan Teknikal ICT Sekolah ( PTIS ) diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat yang berperanan untuk menyelaraskan program dan aktiviti bagi fungsi utama di sektor atau unit ICT. Sektor ini dibantu oleh Penyelaras JTK dari setiap daerah di Negeri Sembilan. Pasukan Teknikal ICT Sekolah ( PTIS ) merupakan Jurutera dari bidang JURUTEKNIK KOMPUTER (FT19,FT22) , dan PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA29). Pasukan Teknikal ICT Sekolah ( PTIS ) tersebut terdiri daripada daerah berikut :-
DAERAH SEREMBAN
DAERAH TAMPIN
DAERAH KUALA PILAH
DAERAH PORT DIKSON
DAERAH REMBAU
DAERAH JEMPOL DAN JELEBU
Fungsi Sektor.
Fungsi Sektor Pasukan Teknikal ICT Sekolah ialah seperti berikut.
- Menyelaras, menyelia , melaksana dan memantau pelaksanaan pemusatan perkhidmatan teknikal ICT sebagaimana sasaran kerja tahunan yang telah ditetapkan oleh JPN;
- Menyelaras, menyelia , melaksana dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT baharu yang telah dirancang oleh Kementerian dan JPN bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar di peringkat sekolah;
- Menyelaras, menyelia, melaksana dan memantau aktiviti penyelenggaraan pencegahan dan penyeleanggaraan pembaikan bagi perkakaksan ICT di lokasi sekolah seliaan bagi meningkatkan tahap kesediaan infrastruktur ICT sekolah ke tahap yang lebih baik;
- Menyelaras, menyelia, melaksana dan memantau khidmat sokongan teknikal ICT berdasarkan aduan yang diterima dari pengguna samada melalui ISD atau medium lain bagi memoblehkan setiap aduan dapat direkod, dipantau dan diselesaikan;
- Menyelaras, menyelia, melaksana dan memantau khidmat sokongan teknikal ICT berdasarkan permohonan khidmat bantuan yang diterima dari pengguna samada melalui ISD atau medium lain;
- Memberi khidmat latihan dan bimbingan penggunaan sistem KPMdan peralatan ICT kepada pengguna di bawah sekolah seliaan;
- Menyelaras e-mel rasmi Kementerian di peringkat sekolah;
- Membantu memberi khidmat nasihat teknikal kepada pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan proses pelupusan aset alih kerajaan bagi perkakasan ICT di sekolah;