SPI: SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT

SPI: SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA UJIAN KELAYAKAN TAHFIZ (UKT) KE TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

 

Assalamu’alaikum Wrh Wbt dan Salam Sejahtera.

Pemakluman kepada semua ibu bapa dan pelajar yang telah memohon ke SMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail, Pedas melalui Ujian PKSK pada 1/8/2024 hingga 8/9/2024 lepas.

Satu sesi temuduga kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat SMKA Tahfiz Model Ulul Albab akan diadakan di SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail pada 9 dan 10 Disember 2025 (Khamis dan Jumaat).

Semakan panggilan temuduga secara dalam talian boleh dibuat mulai 23 Disember 2024 (Isnin) selepas jam 12.00 tengahari.

Sila semak nama pelajar yang layak menduduki Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) Tingkatan 1 dan 4 SMKA Tahun 2024 di pautan di bawah :

SENARAI NAMA PELAJAR LAYAK MENDUDUKI TEMUDUGA DAN UJIAN KELAYAKAN TAHFIZ (UKT) SMKA

Peringatan :

  1. Sila cetak dan bawa bersama surat panggilan dan satu salinan Mykid/Mykad untuk urusan pendaftaran temuduga.
  2. Calon perlu hadir pada masa yang telah ditetapkan.
  3. Calon perlu memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap/pakaian yang bersesuaian dan kemas.
  4. Calon hendaklah membawa peralatan alat tulis atau keperluan yang bersesuaian untuk Tahriri (Khusus calon Tingkatan 1 sahaja).
  5. Sila bawa bersama Buku Daftar Hafazan (Hifz) Ting. 1-3Buku Tahriri Ting. 1-3salinan keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Ting. 1-3, sijil-sijil pencapaian ko-kurikulum dan sijil-sijil yang berkaitan semasa hadir temuduga (Khusus calon Tingkatan 4 sahaja).
  6. Sila cetak susun atur/ pelan lantai aliran keluar masuk calon sebagai panduan.
  7. Calon digalakkan membawa telefon bimbit untuk memudahkan ibubapa menjemput pulang. Perhatian, telefon hendaklah dimatikan sehinggalah proses temuduga selesai.

 

Waktu sesi temuduga telah ditetapkan seperti berikut :-

Tarikh : 10 Disember 2025 (Jumaat) adalah untuk Tingkatan 1

Sesi 1 : Mula 8:00 pagi ( pendaftaran 7.30 pagi )
Sesi 2 : Mula 10:00 pagi ( pendaftaran 9.30 pagi )
Sesi 3 : Mula 2:30 petang  (pendaftaran 2.00 ptg )

Tarikh : 9 Disember 2025 (Khamis) adalah untuk Tingkatan 4

Sesi 1 : Mula 9:00 pagi (Pendaftaran 8:30 pagi)

Sila semak waktu sesi hadir pada slip panggilan temuduga calon dan membuat pengesahan kehadiran di pautan di bawah.