SABK – SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA TINGKATAN SATU SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN

SPI: SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA UJIAN KELAYAKAN TAHFIZ (UKT) KE TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

 

Assalamu’alaikum Wrh Wbt dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua murid Tahun Enam sesi akademik 2024/2025 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di Negeri Sembilan melalui sistem APDM bagi sesi akademik 2025.

Satu sesi temuduga akan diadakan di semua sekolah SABK seperti ketetapan berikut :

 

 

 

Semakan panggilan temuduga secara atas talian boleh dibuat mulai 4 JANUARI 2024 (SABTU)  dipautan berikut :

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA TINGKATAN SATU SABK TAHUN 2025

Bagi calon yang berjaya dipanggil temuduga hendaklah hadir ke pusat temuduga mengikut sesi temuduga, masa dan tarikh YANG DITETAPKAN seperti yang dinyatakan dalam slip panggilan temuduga.

Sila semak pada slip panggilan temuduga calon.

Peringatan:

  1. Sila cetak dan bawa bersama slip panggilan temuduga dan satu salinan Mykad untuk urusan pendaftaran temuduga.
  2. Calon perlu memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap/pakaian yang bersesuaian dan kemas.
  3. Calon perlu hadir pada masa yang ditetapkan.
  4. Sila pastikan tahap kesihatan anda berada di dalam keadaan yang baik sebelum menghadiri temuduga.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di talian 06-7653630 atau berhubung terus dengan pihak sekolah yang berkenaan di talian yang telah disenaraikan di atas.

Sekian untuk makluman semua.

 

Kemaskini : 31 Disember 2024

Sektor Pendidikan Islam