SPI : SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Makluman kepada Ibu/Bapa/Penjaga.
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Sembilan telah selesai melaksanakan proses temuduga kemasukan murid Tingkatan Satu sesi akademik 2025/2026 bermula 11 hingga 18 Januari 2025 yang lalu.
Sehubungan dengan itu, semakan tawaran kemasukan ke SABK di Negeri Sembilan bagi Tingkatan Satu boleh dibuat mulai 3 Februari 2024 jam 2.45 petang di pautan berikut :
TAWARAN TINGKATAN SATU SABK 2025
Bagi calon yang berjaya hendaklah hadir mendaftar ke sekolah yang ditawarkan pada 18 Februari 2025 (Selasa). Segala info atau maklumat tambahan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah sama ada melalui medium Whatsapp / Telegram atau yang seumpamanya dari semasa ke semasa. Semasa pendaftaran, anda dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan disahkan seperti berikut :
- Salinan Surat Tawaran
- Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Slip Gaji/Akuan pendapatan ibu/bapa/penjaga
- Borang Maklumat Murid
- Salinan keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Sijil Pencapaian j-QAF, Ujian Pencapaian Kelas KAFA (UPKK), PAJSK, Psikometrik dan sijil-sijil yang berkaitan.
Sebarang RAYUAN boleh dibuat dengan menghubungi pihak sekolah melalui talian yang tertera seperti berikut :
BIL. | NAMA SEKOLAH | ALIRAN | NO. TEL |
1 | SMA KUALA KLAWANG | DINI | 067639361 |
2 | SMA DATO’ HAJI TAN AHMAD | TAHFIZ | 064914680 |
3 | SMRA JOHOL | DINI | 064367973 |
4 | SMA ULU JEMPOL | DINI | 064983115 |
5 | SMA SAINS KUALA PILAH | TAHFIZ | 064367510 |
6 | SMA CHUAH | DINI | 066581701 |
7 | SMA TELOK KEMANG | TAHFIZ | 066625366 |
8 | SMA HAJI MOHD. YATIM | TAHFIZ | 064381411 |
9 | SMA REMBAU | DINI | 066852404 |
10 | SMA RANTAU | DINI | 066943626 |
11 | SMA NILAI | TAHFIZ | 067991826 |
12 | SMA DATO’ KLANA PETRA MAAMOR | DINI | 067639361 |
13 | SMA REPAH | TAHFIZ | 064414750 |
14 | SMA GEMAS | DINI | 079482031 |
15 | SMA HAJI MUHAMAD | DINI | 064545432 |
16 | SMA DATO’ HAJI MUSTAFA | DINI | 064981350 |
Mohon diambil perhatian, agar ibubapa/ calon yang berjaya hendaklah mencetak surat tawaran atau lakukan **save to pdf ** dengan segera untuk mengelakkan keciciran surat tawaran dan jangan lengahkan waktu yang ada.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak sekolah atau Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di talian 06-7653566.
Sekian untuk makluman semua.
Terima kasih.
Kemaskini: 24 Januari 2025 (Jumaat)