SPI : SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN SEKOLAH (SMKA) TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2025

SPI : SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN SEKOLAH SMKA TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2025

 

Assalamu’alaikum Wrh Wbt dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada Ibu/Bapa/Penjaga.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai melaksanakan proses pentaksiran kemasukan murid ke Sekolah Khusus untuk sesi akademik 2025/2026 bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Sehubungan dengan itu, semakan tawaran kemasukan ke SMKA bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh dibuat mulai 31 Januari hingga 17 Februari 2025 di pautan :

  1. https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1)
  2. https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4)

Rayuan secara dalam talian bermula 31 Januari hingga 18 Februari 2025 dan boleh dibuat melalui URL berikut :

Bagi murid yang ditawarkan ke SMKA, sila muatturun dan cetak borang-borang di bawah untuk dibawa semasa Pendaftaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2025 :

Untuk makluman, tarikh pendaftaran murid baharu ke sekolah khusus telah ditetapkan oleh KPM pada 18 Februari 2025 (Selasa). Mohon diambil perhatian, agar ibubapa/ calon yang berjaya hendaklah mencetak surat tawaran atau lakukan save to pdf dengan segera untuk mengelakkan keciciran surat tawaran dan jangan lengahkan waktu yang ada. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pendaftaran asrama dan perkara yang berkaitan, boleh berhubung dengan pihak sekolah di talian tertera seperti berikut :

SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS)                              –             067623778

SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH)       –              066857162

Sekian untuk makluman semua.

Terima kasih.

Kemaskini : 24 Februari 2025 (Jumaat)