PENGENALAN
- Berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Ditadbir oleh KPM
- Pemilik tanah dan bangunan dikekalkan
- Kurikulum agama negeri dikekalkan
- Menerima pelbagai kemudahan
TUJUAN
- Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
- Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
- Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
- Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan
KELEBIHAN
KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK
- Kepada sekolah
- Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah
- Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah
- Menerima bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani
- Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi
- Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan
- Kelebihan kepada guru dan kakitangan
- Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan
- Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan
- Berpeluang mendapat kenaikan pangkat
- Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan
- Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas
- Berpeluang melanjutkan Pelajaran
- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM
- Kelebihan kepada murid
- Berpeluang mendapat bantuan
- Berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana
- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
- Berpeluang mendapat pendidikan yang lebih berkualiti
SYARAT PENDAFTARAN
- Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri (JAIN)
- Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa
- Menggunapakai dwi-kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)
- Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM
- Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah
- Mempunyai bangunan sendiri
- Bangunan dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf
- Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan
- Bilangan murid melebihi 150 orang
- Tidak menanggung hutang
CARA MEMOHON
- Menghantar surat permohonan dan salinan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga
- Pengelola Sekolah (LPS) atau pihak berkuasa agama negeri kepada BPI (Bahagian Pendidikan Islam)
- Menghantar profail sekolah, senarai nama ahli lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan Sijil Pendaftaran sekolah yang disahkan
- Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dimemukakan oleh KPM
- Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM
- Menandatangani dokumen MoU
- Mengisi borang pendaftaran sekolah
SENARAI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)