Fungsi Sektor

Fungsi Sektor

UNIT PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

  • Mengumpul dan menganalisis prestasi pencapaian pendidikan Islam bagi mengenal pasti trend dan potensi risiko
  • Mengenal pasti isu-isu utama berkaitan prestasi pendidikan Islam di sekolah dan membangunkan/ menyesuaikan program penambahbaikan prestasi sekolah
  • Memberi khidmat nasihat kepada guru pendidikan Islam berkaitan garis panduan dan amalan terbaik dalam kurikulum, pedagogi dan penilaian (CPA)
  • Merancang latihan dan penyesuaian kurikulum/ modul pendidikan Islam bersama penyedia latihan
  • Merancang dan menyelaras latihan dan pembangunan kompetensi barisan hadapan dan guru-guru SMKA dan SABK;
  1. Pengetua & GPK
  2. Latihan dalam perkhidmatan
  • Merancang dan menyelaras pelantikan dan pertukaran barisan hadapan seperti Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan & GKMP di SMKA & SABK
  • Merancang, mengenalpasti, memantau dan mengawal selia keperluan sumber di SMKA dan SABK
  • Permohonan guru Interim, permohonan guru tetap, permohonan tukar lantik dan lain-lain
  • Pembangunan fizikal sekolah dan asrama
  • Data dan maklumat perjawatan guru sekolah agama KPM
  • Pengurusan kewangan yang berkaitan belanja mengurus tahunan
  • Mengawal dan menyelaras kemasukan murid ke SMKA & SABK mengikut ABM yang telah ditentukan
  • Merancang serta menyelaras permohonan peruntukan penyelenggaraan dan perolehan bagi SMKA dan SABK
  • Menyelaras permohonan SABK dalam belanjawan Kerajaan Negeri
  • Menyelaras dan memantau peruntukan khas yang diturunkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SABK, SAN/SAR, SARKAFA dan tahfiz swasta.
  • Penyaluran peruntukan bantuan kewangan kepada semua sekolah agama luar KPM (SAN/SAR, SARKAFA, Tahfiz swasta)
  • Menyelaras Permohonan Pendaftaran SABK oleh SAN/SAR
  • Menjadi urusetia MoU antara Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri.
  • Menjadi urusetia mesyuarat antara Bahagian Pendidikan Islam KPM dan Jabatan Agama Islam Negeri.
  • Menjadi urusetia bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit antara KPM dan Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri & LPS
  • Menganalisis dan mengawal selia  data Pendidikan Islam peringkat negeri

UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI

  • Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai keberkesanan program-program berkaitan pembangunan adab dan nilai pendidikan Islam di peringkat negeri.
  1. Menyelaras kajian bagi penilaian keberkesanan program-program
  2. Melapor hasil kajian
  • Mengupayakan pegawai pendidikan Islam PPD dalam memberi sokongan kepada sekolah.
  1. Kepimpinan Islam dan pemimpin dakwah guru pendidikan Islam KPM
  2. Membangun sahsiah guru pendidikan Islam dan murid KPM
  • Menyelaras jalinan dan jaringan dengan pihak berkepentingan dalam mengoptimum potensi diri murid.
  1. Menjalin hubungan dan usaha sama bersama-sama rakan strategik, badan-badan  dakwah atau pihak luar
  2. Mengoptimum potensi diri murid dalam pemikiran Islam dan berdaya tahan dalam menangani isu-isu penyelewengan akidah
  • Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program-program khas pendidikan Islam
  1. Program SUMUR
  2. Manual Pendidikan Sivik dan amalan Nilai Murni dalam perhimpunan
  3. Program-program Adab dan Nilai
  4. Hari-hari kebesaran Islam